Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur perubatan, serta dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.
Menerusi kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan itu.
The Sun Malaysia
